jadi-ejen-prudential-bsn-takaful-team-enzo

NAK BISNES KENA ADA BIG WHY

NAK BISNES KENA ADA BIG WHY

BIG WHY
———————
BIG WHY ni maksudnya kenapa kita mahu lakukan sesuatu perkara tu dengan bersungguh sungguh.

Orang bisnes wajib ada BIG WHY.
BIG WHY ni bukan sahaja kita nak KAYA dan BERJAYA, tapi untuk ape dan kenapa kita nak berjaya

Kalau kita cakap kita sungguh sunguh berusaha sebab nak DUIT, pikir kan duit tu kamu nak manfaat kan untuk apa, dengan nilai duit tu ape yang kamu nak lakukan.

MAKIN banyak BIG WHY kamu makin kuat dan tinggi MATLAMAT kamu akan tercapai.

Senaraikan sekurang2 -nya 20 BIG WHY kamu kenapa kamu lakukan sesuatu perkara.

big-why

Amik kertas dan simpan dalam DIARI.

Anda Nak Bisnes Dengan Modal Kecil Tapi Pulangan Lumayan. Berminat Jadi Ejen Prudential? Hubungi Kami

ENZO Group – Prudential BSN Takaful Agent

Mohd Harith Bin Hasim +6012-6345664

Bac. Hons Mechanical Engineering

Nurliza Binti Md Sanusi +6012-6635163

Bac. Hons Electrical Engineering

klik sini pakartakaful

jadi-ejen-prudential-bsn-takaful-team-enzo

JOM HADAPI INFLASI

PERITNYA INFLASI TAHUN 2016 NIH…

Hari ini saya ingin menulis berkenaan inflasi, kalau dilihat keadaan diluar sana saya rasa ramai yang struggle dan ikat perut rasanya terutama kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar-bandar besar. Sebab di takuti kita ini tidak sedar apa yang berlaku dengan iniflasi, bila tersedar takut semuanya sudah terlambat, macamana nak faham apa itu inflasi, mudah sahaja, kalau tahun lepas kita minum teh tarik rm1.50 tetapi hari ini kalau kita minum teh tarik yang sama harga rm2.0o maka boleh di katakan bahawa kadar kenaikan inflasi teh tarik tersebut adalah sebanyak 25%, jadi kalau kita ada duit rm1000 pada tahun lepas, jadi untuk tahun ini maka nilainya pada tahun ini sudah berkurangan sebanyak rm250 kalau kita bandingkan dengan teh tarik tarik tadi. Kenapa saya bandingkan dengan teh tarik? kerana teh tarik minuman yang selalu orang minum dan kerap. Jadi bayangkan jika kenaikan gaji anda kurang dari 10% maka anda di dalam masalah besar, itu belum ambil kira kenaikan keperluan asas dan tempat tinggal. Dimana anda habiskan wang gaji anda?

Biar saya listkan perbelanjaan standard masakini di bandar-bandar besar, rasanya betul kot, kalau tak betul, tolong betulkan saya.

  1. Bayaran ansuran rumah
  2. Bayaran ansuran kereta
  3. Bayaran pinjaman peribadi
  4. Bayaran kredit kad
  5. Minyak kereta
  6. Bayaran parking
  7. Bayaran tol
  8. Bil air
  9. Bil letrik
  10. Bil broadband
  11. Bil astro
  12. Road tax dan insuran kereta (setahun sekali)
  13. Cukai pintu (setahun sekali)
  14. Perbelanjaan anak sekolah
  15. Barangan dapur dan keperluan harian rumah
  16. Yuran sekolah (setahun sekali)
  17. Perbelanjaan anak ke sekolah
  18. Penjagaan anak di nursery @ pembantu rumah
  19. Perbelanjaan penyelengaraan kereta
  20. Pemberian kepada ibubapa
  21. Perbelanjaan musim perayaan
  22. Menunaikan Zakat
  23. Cukai pendapatan
  24. Merokok (sekiranya merokok)

Jadi bandingkan pendapatan anda adakah???

Pasif Income > Active Income > Perbelanjaan

Sekiranya masih belum anda perlu membuat sesuai dalam hidup anda, mungkin mengambil peluang membina kerjaya bersama kami sebagai Ejen Prudential BSN Takaful

Dan bayangkan juga apa yang akan berlaku kepada keluarga anda sekiranya sesuatu berlaku kepada anda. Bagaimanakah mereka akan meneruskan kehidupan sekiranya tiada perlindungan takaful, bagaimana boleh mereka menyelesaikan perbelanjaan yang saya listkan tadi setiap bulan?

Fikir-fikirkan

Hubungi kami untuk rundingan PERCUMA

ENZO Group – Prudential BSN Takaful Agent

Mohd Harith Bin Hasim +6012-6345664

Bac. Hons Mechanical Engineering

Nurliza Binti Md Sanusi +6012-6635163

Bac. Hons Electrical Engineering

klik sini pakartakaful

jadi-ejen-prudential-bsn-takaful-team-enzo

MRTA vs MLTA

MLTA VS MRTA PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

Ramai yang masih belum memahami bagaimana insurans takaful boleh melindungi pinjaman perumahan anda dan ramai jugak yang masih blur blur bagaimana akaun unik ini berfungsi.

Ada yang confuse dengan perlindungan rumah untuk kebakaran, kecurian, tanah runtuh, banjir dan sebagainya. Perlu diterangkan di sini bahawa terdapat dua pecahan insurans takaful, yang pertama insurans am, insurans takaful ini merangkumi apa sahaja perlindungan selain berkaitan dengan perlindungan insurans selain nyawa dan kesihatan manusia. Sekiranya berkaitan nyawa dan kesihana manusia ianya dikenali sebagai life insurans. Jadi apa yang saya nak tekankan di sini, perlindungan loan rumah anda sebenar jatuh di dalam kategori perlindungan nyawa kerana sekiranya berlaku kematian kepada peminjam pinjaman rumah tersebut, maka mungkin pasangan yang ditinggalkan tidak mampu menyambung pembayaran bulanan rumah yang mana menyebabkan rumah terpaksa di lelong oleh bank. Jadi dengan membeli perlindungan kematian kepada peminjam maka duit pampasan kematian boleh diberikan kepada waris untuk melangsaikan pinjaman rumah tersebut. Ada dua cara untuk melindungi pinjaman rumah anda, iaitu:-

  1. MLTA
  2. MRTA

Apakan perbezaan kedua2 akaun perlindungan ini? Saya akan explain di dalam post yang lain. Insyallah

Ingin dilindungi oleh Prudential BSN Takaful? Hubungi kami untuk rundingan PERCUMA

ENZO Group – Prudential BSN Takaful Agent

Mohd Harith Bin Hasim +6012-6345664

Bac. Hons Mechanical Engineering

Nurliza Binti Md Sanusi +6012-6635163

Bac. Hons Electrical Engineering

klik sini pakartakaful

jadi-ejen-prudential-bsn-takaful-team-enzo

NAK JADI EJEN PRUDENTIAL KENA ADA GOAL SETTING

ADA YANG NAK JADI EJEN PRUDENTIAL?

Ramai yang ingin berjaya, tetapi tak ramai yang bermula dengan pengakhiran, maksudnya sebelum membuat sesuatu perkara kita mesti mempunyai “goal” ataupun misi. Jadi biasaya ramai yang set goal, aku nak kaya, aku nak senang, kebanyakkan “goal” yang dibuat adalah tidak spesifik, tidak lengkap, kata-kata kita adalah doa jadi doakan yang betul apa kita mahu.

Langkah-langkah untuk seting “goal”

Fikirkan apa kemahuan kita
Kemahuan setiap orang, impian setiap orang tidak sama, ramai yang ketawa mendengar impian orang lain tapi sebenarnya orang itu sendiripun tidak mempunyai apa- apa impian. Hanya kita sahaja yang tahu apa kita mahukan, jadi apa orang nak cakap. Rezeki datang dari Allah, kalau betul cara kita minta disertai dengan kuasa tindakan, insyallah rezeki akan datang. Jadi sekiranya kita mahu pendapatan RM10,000 sebulan selepas 6 bulan dari sekarang. Set goal monitor disertai dengan doa dan paling penting kita bertindak. Ramai yang plan nak buat itu dan ini untuk tambah pendapatan tetapi ramai yang terbengkalai. Jadi goal setting anda mesti spesifik, maksudnya jelas. Saya akan tuliskan impian saya di atas kertas dan membaca setiap hari impian tersebut kerana sifat manusia sendiri iaitu mudah lupa dan berubah-ubah. Tanpa pantauan, ianya adalah hanya satu impian kosong .

Tentukan tarikh untuk mencapai kemahuan kita
Semua orang tahu sekiranya kita mencapai impian yang kecil maka, insyallah kita boleh mecapai impian yang besar, sekiranya anda mempunyai impian, pecahkan untuk mencapai impian secara step by step, contohnya impian yang besar tadi dipecahkan kepada impian kecil, dalam masa sebulan, 3 bulan , 6 bulan, setahun, 2 tahun , 5 tahun dan seterusnya supaya kita dapat monitor yang impian kita adalah on track dan bukannya di saat saat akhir.

Listkan perkara yang “MESTI” kita buat
Ramai yang gagal disebabkan mereka menyediakan list apa yang perlu dibuat dan bukannya MESTI dibuat, dalam kes ini apa yang anda listkan MESTI dibuat, dan perkataan MESTI tadilah yang akan menentukan kuasa tindakan anda. Prioritykan apa yang mesti anda lakukan dan semestinya disiplin diri adalah elemen penting dalam menentukan kejayaan anda.

Bertindak
Segala yang anda rancangkan tidak berguna lansung, ilmu yang anda ada tidak berguna lansung, kenapa saya kata begini? kerana tanpa tindakan 100% segala yang anda rancangkan anda akan menjadi sia-sia. Anda kena paham apa itu tindakan 100%, kerana tindakan anda menentukan result anda

Practise Make Permanent dan Permanent Make Perfect
Apa yang anda lakukan setiap hari sebenarnya untuk melatih kita supaya hari-hari kita structured, tahukah anda apabila apa yang anda lakukan sudah menjadi tabiat insyallah makin lama ia akan makin perfect.

Selamat mencuba…

Ingin dilindungi oleh Prudential BSN Takaful? Hubungi kami untuk rundingan PERCUMA

ENZO Group – Prudential BSN Takaful Agent

Mohd Harith Bin Hasim +6012-6345664

Bac. Hons Mechanical Engineering

Nurliza Binti Md Sanusi +6012-6635163

Bac. Hons Electrical Engineering

klik sini pakartakaful